Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Bandar Sri Damansara merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Bandar Sri Damansara merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Petaling. Bandar Sri Damansara ialah salah sebuah bandar utama di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Bukit Lanjan dan Bandar Utama. Jarak antara Kuala Lumpur dengan Bandar Sri Damansara kira-kira 15 km.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI PEDI, CABUTAN BERTUAH DAN LIKE DAN SHARE TERBANYAK DI FACEBOOK PAGE PEDI SRI DAMANSARA.

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Sri Damansara berkongsi tentang transformasi Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) serta cabutan bertuah, like dan share facebook page PEDi Sri Damansara untuk ahli PEDi....baca selanjutnya

PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA DAN PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 12 November 2021

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberitahu dan menerangkan kepada orang ramai tentang 2 pakej yang ditawarkan iaitu Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia....baca selanjutnya

APA YANG ADA DALAM LAMAN WEB JENDELA, SEBENARNYA.MY, KLIK DENGAN BIJAK DAN WE THINK DIGITAL.

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2021

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada orang ramai tentang pentingnya 4 laman web tersebut. Selain itu, dengan adanya laman web tersebut ia dapat mencari berita palsu, untuk menyemak coverace telco masing-masing, untuk memberitahu maklumat apa yang boleh diupload dan tidak boleh serta laman web scammer....baca selanjutnya

MEMBUAT POSTER KEMERDEKAAN MENGGUNAKAN CANVA

Aktiviti Terkini | 20 September 2021

Aktiviti ini diadakan bersama-sama dengan Pusat Internet Komuniti Wangsa Permai dan Pusat Internet Komuniti Desa Satu. Ia bertujuan untuk memberitahu kepada pengikut-pengikut “Facebook Page” tentang aplikasi canva dan cara menggunakan aplikasi tersebut....baca selanjutnya

CABUTAN BERTUAH AHLI PIK DAN LIKE, SHARE TERBANYAK PAGE FACEBOOK

Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2021

Aktiviti ini diadakan untuk ahli Pusat Internet yang aktif. Ahli Pusat Internet juga dipilih sebagai pemenang jika like dan share terbanyak berkaitan info Klik Dengan Bijak, Covid-19 dan lain-lain yang dikongsi di Page Facebook Pusat Internet. Selain itu, untuk anak ahli Pusat Internet yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2020....baca selanjutnya

HIPNOSIS KE ARAH PENYELESAIAN KECELARUAN JIWA

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2021

Aktiviti ini diadakan bersama Encik Mohd Huridin secara online. Penerangan berkaitan Hipnopsis diberikan kepada staf pusat internet komuniti yang terlibat....baca selanjutnya

BENGKEL SUKARELAWAN MIVO 2021

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2021

Aktiviti ini diadakan bersama pihak MCMC secara online. Penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak diberikan kepada sukarelawan MIV untuk berkongsi bersama komuniti...baca selanjutnya

PROGRAM INFAQ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021

Aktiviti ini dijalankan dengan mencari penduduk yang tidak berkemampuan dan ibu tunggal. Pik mendapat sumbangan daripada penduduk yang prihatin....baca selanjutnya

PERTANDINGAN CARI PERKATAAN DAN PUZZLE KDB

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Aktiviti ini dijalankan selama 2 jam dan disertai oleh pelajar sekolah menengah. Ada 2 pertandingan diadakan iaitu mencari perkataan dan puzzle Klik Dengan Bijak. Hadiah juga disediakan untuk pemenang....baca selanjutnya

TEMURAMAH BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 7 Mac 2021

Aktiviti ini dijalankan bersama ahli pusat internet dan beliau seorang ahli yang aktif menggunakan kemudahan pusat internet...baca selanjutnya

BENGKEL LANJUTAN FS4A

Aktiviti Terkini | 23-25 Februari 2021

Aktiviti ini diadakan bersama pihak Arus Academy. Bengkel ini adalah lanjutan program Future Skill For All yang dijalankan pada tahun lepas...baca selanjutnya

CABUTAN BERTUAH DAN KEMPEN KDB DI PAGE FACEBOOK

Aktiviti Terkini | 3 Januari 2021

Aktiviti ini diadakan bersama Group Whats Apps dan ahli Pusat Internet. Mereka yang layak akan dicabut nama untuk memenangi hadiah...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti