Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Bandar Sri Damansara merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Bandar Sri Damansara merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Petaling. Bandar Sri Damansara ialah salah sebuah bandar utama di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Bukit Lanjan dan Bandar Utama. Jarak antara Kuala Lumpur dengan Bandar Sri Damansara kira-kira 15 km.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM BELAJAR APP MENGGUNAKAN TABLET

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2022

Pusat Ekonomi Digital Sri Damansara mengadakan program belajar app menggunakan tablet sempena cuti sekolah. Kami mengajar cara menggunakan tablet dengan bentul dan aktiviti yang menarik seperti cara berfikir dengan betul dan permainan pembelajaran....baca selanjutnya

PROGRAM LIKE DAN SHARE TERBANYAK FB PAGE DAN CABUTAN BERTUAH UNTUK AHLI PEDI

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2022

Pusat Ekonomi Digital Sri Damansara mengadakan program like dan share “facebook page” PEDi dan cabutan bertuah untuk ahli PEDi. Selain itu, kami menerangkan tentang perkhidmatan PUDO di PEDi Sri Damansara dan Inisiatif Google Gemilang serta program dan aktiviti yang diadakan sempena cuti sekolah....baca selanjutnya

PROGRAM KUIZ KLIK DENGAN BIJAK DAN SILANG KATA KDB

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Pusat Ekonomi Digital Sri Damansara mengadakan program kuiz klik dengan bijak dan silang kata KDB kepada golongan belia. Selain itu, kami menerangkan kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Ia juga bertujuan untuk memberitahu tentang pentingnya Klik Dengan Bijak (KDB) ini...baca selanjutnya

PROGRAM ICT PEDI SRI DAMANSARA BERSAMA KAFA INTEGRASI AR-RIDHUAN

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2022

Aktiviti ini diadakan bersama dengan kanak-kanak Kafa Integrasi Ar-Ridhuan seramai 21 orang dan guru pengirim seramai 2 orang. Selain itu, kami mengajar berkaitan kelas ict seperti cara penggunaan komputer, melukis dan mewarna menggunakan paint dan permainan pembelajaran. Selain itu, kami juga mengajar cara penggunaan tablet....baca selanjutnya

TAYANGAN MAT KILAU DI NETFLIX SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 17 September 2022

Aktiviti ini diadakan bersama dengan komuniti setempat semperna sambutan hari Malaysia. Kami membuat tayangan Mat Kilau di Netflix. Selain itu, kita dapat memperingati perjuang-perjuang yang mempertahankan Tanah Melayu pada masa dahulu. Seramai 7 orang yang menyaksikan tayangan tersebut....baca selanjutnya

AKTIVITI SAMBUTAN SEMAKKAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2022

Aktiviti ini diadakan bersama dengan komuniti setempat semperna sambutan hari kemerdekaan yang akan berlangsung 31 Ogos 2022. Pelbagai aktiviti yang kami adakan iaitu Teka Silang Kata, Mewarna, Kuiz kemerdekaan dan Fotoshot kemerdekaan Selain itu, pelbagai peringkat umur yang sertai pertandingan ini....baca selanjutnya

TAKLIMAT PROGRAM HIJRAH SELANGOR

Aktiviti Terkini | 2 Julai 2022

Aktiviti ini diadakan bersama dengan Hijrah Selangor. Seramai empat PEDi yang terlibat iaitu PEDi Desa Satu, PEDi Wangsa Permai, PEDi Ampang dan PEDi Sri Damansara bersama usahawan di tempat masing-masing dan tiga orang pegawai dari Hijrah Selangor....baca selanjutnya

FB LIVE: BERKONGSI INFO DAN MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SERTA LIKE & SHARE DI FACEBOOK PAGE PEDI SRI DAMANSARA

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk berkongsi info yang menarik di PEDi dan mengadakan cabutan bertuah serta like & share yang terbanyak untuk ahli PEDi yang like di facebook page PEDi Sri Damansara....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA BERSAMA PERSATUAN PENDUDUK

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2022

Pertubuhan Penduduk Pangsapuri Sri Meranti mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Surau Al- Ukhwah. Selain itu, pelbagai jenis makanan dan minuman yang di sediakan oleh komuniti. Aktiviti ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang rapat antara komuniti di sini....baca selanjutnya

LIVE FB: PERANTI SISWA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Sri Damansara menerangkan tentang Peranti Siswa Keluarga Malaysia yang boleh dimohon bermula 15 April 2022. Selain Itu, Peranti Siswa Keluarga Malaysia satu inisiatif dari Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia bagi membantu pelajar-pelajar dari golongan B40....baca selanjutnya

LIVE FB: BERSAMA USAHAWAN PEDI ENCIK ZAKARIA AHMAD FOUDER KOPENA PRODUK

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Sri Damansara bersama-sama dengan usahawan fouder produk kopena Encik Zakaria Ahmad menerangkan tentang kegunaan dan manafaat tentang produk cuka kayu dan anti semburan serangga....baca selanjutnya

TUTORIAL MEMBUAT MAKANAN CRAB RANGOON YANG VIRAL DI TIKTOK

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Sri Damansara bersama-sama dengan PEDi Wangsa Permai dan PEDi Desa Satu membuat makanan untuk minum petang yang viral di TikTok yang dipanggil Crab Ranggon...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ KAHOOT KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Sri Damansara mengadakan Pertandingan Kuiz Kahoot Klik Dengan Bijak (KDB) bersama dengan golongan belia PEDi Sri Damansara seramai 5 orang peserta menyertai pertandingan tersebut dengan pematuhan SOP....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti