Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Bandar Sri Damansara merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Bandar Sri Damansara merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Petaling. Bandar Sri Damansara ialah salah sebuah bandar utama di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Bukit Lanjan dan Bandar Utama. Jarak antara Kuala Lumpur dengan Bandar Sri Damansara kira-kira 15 km.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


PERTANDINGAN KUIZ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2019

Aktiviti kali ini diadakan untuk memberi pengetahuan tentang bulan Ramadhan kepada kanak-kanak dalam mejawap kuiz yang diberikan....baca selanjutnya

AKTIVITI USAHAWAN KECIL

Aktiviti Terkini | 14 April 2019

Aktiviti ini diadakan bermula pada pukul 9 pagi dimana disertai oleh 28 orang peserta. Cikgu dari Kolej Komuniti Selayang dipanggil untuk berkongsi ilmu usahawan dengan peserta. Sijil penyertaan juga disediakan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT JADUAL WAKTU & CIPTA KREATIVITI DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Pertandingan ini dapat memberi tunjuk ajar kepada para pelajar bagaimana menggunakan basic asas ms.excel untuk membuat jadual selain menggunakan Microsoft Word....baca selanjutnya

PERTANDINGAN RAPID TYPING TEST

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Pertandingan ini diadakan untuk menguji kepantasan para pelajar menaip perkataan Bahasa Inggeris disamping melatih mereka untuk menaip dengan lebih cekap dan pantas....baca selanjutnya

MEWARNA SEMPENA HARI THAIPUSAM

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Aktiviti mewarna sempena sambutan Hari Thaipusam telah diadakan di Pusat Internet Sri Damansara untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan pelajar dan melatih pelajar mewarna dengan lebih baik...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti