Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Bandar Sri Damansara merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Bandar Sri Damansara merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Petaling. Bandar Sri Damansara ialah salah sebuah bandar utama di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Bukit Lanjan dan Bandar Utama. Jarak antara Kuala Lumpur dengan Bandar Sri Damansara kira-kira 15 km.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BAZAR JIRANITA KRT PANGSAPURI SRI MERANTI

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2017

Tujuan Bazar ini diadakan adalah untuk melatih jiwa warga Pangsapuri Sri Meranti untuk saling mempromosikan usaha masing-masing agar saling mengetahui potensi usaha yang dimiliki ahli lain....baca selanjutnya

KARNIVAL SUKAN JPKRT ZON SUBANG

Aktiviti Terkini | 12 November 2017

Tujuan Karnival ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silahturahim sesama penduduk dan menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara penduduk, pegawai, dan lapisan masyarakat dengan pihak yang terlibat....baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Poster sempena Hari Deepavali 2017

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2017

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara peserta yang berbeza kaum dan agama dan memberi peluang kepada peserta mengenali budaya, kaum dan tradisi masyarakat berbeza kaum dalam konsep satu Malaysia....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2017 (NEGARAKU SEHATI SEJIWA)

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2017

Pendaftaran peserta seawal pagi di Pusat Internet 1Malaysia Sri Damansara. Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kemudian penerangan ringkas mengenai panduan melukis dan mewarna. Para peserta diberi tugasan melukis dan mewarna dan waktu ditetapkan. Penyampaian hadiah kepada pemenang dan hadiah saguhati kepada peserta yang kurang bernasib baik...baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 11 - 13 Julai 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

SEMINAR BISNES ONLINE

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2017

Seminar ini memberi peluang kepada para usahawan untuk mengembangkan perniagaan melalui pemasaran secara dalam taliann seperti aplikasi mobil, Whatsapp, Facebook, dan Instagram dan berkongsi ilmu tentang asas “copywriting” untuk pengiklanan yang berkesan...baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Sri Damansara

Aktiviti Terkini | 07 Mei 2017

Hari Terbuka ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan dan memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia kepada penduduk setempat agar penduduk dapat mengetahui kewujudan Pusat Internet 1Malaysia ini serta tujuan dan kelebihannya terhadap penduduk setempat dan juga dapat menambah keahlian PI1M ini. Selain itu dapat memberi kesedaran dan bimbingan kepada komuniti mengenai penggunaan internet secara selamat dan memberi tips-tips menjaga kerahsiaan butir peribadi di internet dan cara melaporkan sebarang kesalahan siber melalui taklimat Klik dengan Bijak....baca selanjutnya

PERTANDINGAN BLOXORZ

Aktiviti Terkini | 09 April 2017

Pertadingan ini melatih minda berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan melatih fikiran yang cerdas, bijak dalam memindahkan blok kayu agar sampai ke sasaran dalam permainan online....baca selanjutnya

PROGRAM MDEC (KELAS E-USAHAWAN)

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2017

Program ini memberi peluang kepada para usahawan untuk mengembangkan perniagaan melalui pemasaran secara dalam talian dan memberi peluang kepada para usahawan untuk menjadi lebih kreatif dalam memasarkan produk dan berkongsi ilmu tentang asas “copywriting” untuk pengiklanan yang berkesan...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL

Aktiviti Terkini | 05 Februari 2017

Majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga pangsapuri dengan para staff PI1M. Penduduk yang menyertai bacaan yassin berkumpul di PI1M. Bacaan Yassin diketuai Ustaz Marzili yang juga merupakan ketua ajk surau Pangsapuri Sri Meranti....baca selanjutnya

PERTANDINGAN WORDSEARCH & GOTONG - ROYONG

Aktiviti Terkini | 08 Januari 2017

Pertandingan ini dapat menguji kecekapan , kecerdesan para peserta dalam mencari perkataan yang tersembunyi. Selain itu, mereka juga menjalankan aktiviti gotong-royong di dalam dan luar PI1M dengan dibantu staff PI1M....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti