PROGRAM MDEC (KELAS E-USAHAWAN)

Aktiviti terkini | 05 Mac 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Sri Damansara

Tujuan :
• Memberi peluang kepada para usahawan untuk mengembangkan perniagaan melalui pemasaran secara dalam talian.
• Memberi peluang kepada para usahawan untuk menjadi lebih kreatif dalam memasarkan produk.
• Berkongsi ilmu tentang asas “copywriting” untuk pengiklanan yang berkesan.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :
• Kelas dimulakan dengan sesi penerangan mengenai google trend, google adwords. Serach engine optimization dan cara menggunakan applikasi canva.com. Dimana para usahawan diajar untuk mengkaji pasaran menggunakan google trends serta menggunakan google adwords untuk menempatkan iklan secara berkesan.
• Pada penerangan ke-2 pula para usahawan di ajar menggunakan teknik asas gambar (fotografi) untuk mengiklankan produk. Para usahawan diajar bagaimana melakukan “diy studio” menggunakan kotak dan canvas serta teknik pencahayaan untuk iklan yang lebih berkesan.
• Pada sesi ke-3, para usahawan di ajar cara membina ayat “copywriting” yang boleh menarik minta pelanggan. kami juga diajar cara menggunakan # hashtag dengan lebih berkesan dengan menggunakan teknik #unik #trending #general.
• Pada sesi perbincangan ke4 pula para usahawan diajar menggunakan pages untuk meningkatkan jualan dan cara menggunakan avana serta membangunkan laman web secaara percuma menggunakan applikasi weebly.com

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :