Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Bandar Sri Damansara merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Bandar Sri Damansara merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Petaling. Bandar Sri Damansara ialah salah sebuah bandar utama di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Bukit Lanjan dan Bandar Utama. Jarak antara Kuala Lumpur dengan Bandar Sri Damansara kira-kira 15 km.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


TAYANGAN MOVIE PERDANA SEMPENA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2018

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan bersama rakan lama dan kenalan baru yang tinggal di sekitar kawasan perumahan dan dapat mengisi masa terluang ketika cuti sekolah dengan sesuatu yang menarik dan berfaedah....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : EMPOWERING COMMUNITY THROUGH STEM-ROBOTIC AT DIGI INTERNET CENTRE'

Aktiviti Terkini | 28 - 29 November 2018

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, Pusat Internet di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2018' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 28 - 29 November 2018....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : QUALIFYING ROUND'

Aktiviti Terkini | 24 November 2018

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : WORKSHOP WEEKS 1- WEEKS 3'

Aktiviti Terkini | 03, 10, 17 November 2018

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : OPEN DAYS'

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada para peserta tentang dunia robotik yang kini menjadi tumpuan dunia luar....baca selanjutnya

MEWARNA - UJI MINDA & KREATIVITI

Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2018

Aktiviti ini memupuk semangat berdaya saing secara sihat, menguji minda & mata serta kreativiti dalam mewarna....baca selanjutnya

MEREKABENTUK POSTER CUTI UMUM

Aktiviti Terkini | 02 September 2018

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mengingati tarikh-tarikh penting & cuti umum khususnya di Malaysia sepanjang tahun 2018...baca selanjutnya

MEWARNA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2018

Pertandingan ini dapat memupuk semangat patriotik dan semangat meraikan hari kemerdekaan....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 01 Julai 2018

Sambutan Hari Raya ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat Pangsapuri Sri Meranti...baca selanjutnya

PERTANDINGAN POSTER RAYA

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Pertandingan ini membantu para pelajar lebih mahir dalam penguasaan keyboard dan powerpoint dan membantu para pelajar dalam kemahiran kreatif penyediaan poster...baca selanjutnya

PERTANDINGAN RAPID TYPING

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2018

Pertandingan ini dapat membantu para pelajar membiasakan dengan keyboard untuk menaip dan membantu para pelajar dalam mengeja dan mengenali perkataan dalam Bahasa Inggeris....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BANDAR BARU SELAYANG

Aktiviti Terkini | 26 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran.....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M SRI DAMANSARA

Aktiviti Terkini | 15 April 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Pertandingan ini dapat memberi pendedahan awal pelajar supaya menggunakan bakat masing-masing di samping memupuk minat murid dalam senidan dapat membina perkembangan mental dan keseimbangan emosi, rohani, intelek dan jasmani.....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI KEPONG SESI II

Aktiviti Terkini | 06 Mac 2018

Program ini membantu meningkatkan lagi kesedaran budaya penggunaan internet dengan positif dan cara menggunakan internet dengan bijak...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BANDAR SRI DAMANSARA 1

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2018

Program ini dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1. Ia bertujuan untuk memberi penerangan kepada para pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan melahirkan pelajar yang celik teknologi penggunaan IT dan kandungan media baru (internet)....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK DESA AMANPURI SESI I

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2018

Program ini dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri. Ia bertujuan untuk memberi didikan kepada para pelajar tentang kepentingan kawal selia diri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk para pelajar melayari internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK AMPANG

Aktiviti Terkini | 02 Februari 2018

Program ini dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Ampang. Ia bertujuan untuk memberi penerangan kepada para pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan melahirkan pelajar yang celik teknologi penggunaan IT dan kandungan media baru (internet)....baca selanjutnya

PERTANDINGAN SENI KHAT KUFI KREATIF

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Pendaftaran peserta seawal pagi di Pusat Internet 1Malaysia Sri Damansara. Para peserta diberi taklimat dan penerangan ringkas syarat – syarat pertandingan. Para peserta diberi tugasan tajuk, tema dan waktu pertandingan yang ditetapkan. Penyampaian hadiah kepada pemenang dan hadiah saguhati kepada peserta yang kurang bernasib baik....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti