'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2018 : EMPOWERING COMMUNITY THROUGH STEM-ROBOTIC AT DIGI INTERNET CENTRE'

Aktiviti terkini | 28 - 29 November 2018

Tempat Aktiviti:
Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor

Tujuan Program :
• Pusat Internet sebagai pusat pembelajaran digital yang meliputi pembelajaran sains, inovasi dan teknologi sekali gus dapat membentuk pelajar ke arah pembentukkan karakter dan mempunyai harga diri yang positif.
• Melahirkan pelajar yang celik ilmu sains dan teknologi dengan memberikan pendedahan kepada industrti perkomputeran, dan dunia robotik.
• Memberikan pendedahan kepada para pelajar untuk menyertai program yang sangat bermanfaat yang boleh melatih diri para pelajar dari segi cara berkomunikasi dan bekerja berkumpulan.

Objektif Program :
• Untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam pendidikan STEM (60:40) sekaligus melahirkan professional dan tenaga mahir dalam bidang berkenaan seiring dengan keperluan Negara ke arah Transformasi Nasional (TN50).
• Untuk mewujudkan kesedaran tentang perkembangan teknologi dengan menggabungkan inovasi terdahulu dan trend terkini melalui program pembelajaran secara informal di luar bilik darjah.
• Untuk meningkatkan minat pelajar dalam Matematik, Sains, Teknologi, Reka Bentuk, dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) melalui pendekatan aktiviti robotik.
• Untuk mendukung aspirasi Negara dalam melahirkan para pelajar dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kelebihan Program :
• Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta dan melontarkan idea baru.
• Menggalakkan pelajar untuk menerokai dunia robotik yang semakin canggih dan berkembang pesat.
• Para pelajar dapat memanfaatkan waktu cuti sekolah dengan sesuatu yang bermanfaat dengan mempelajari ilmu yang baru.

Senarai Para Pemenang :

ROBO SUMO
Champion (Wang Tunai RM 700, Phone VIVO Y53 + Simpack Digi Live, Trofi dan Sijil Penyertaan) : RAGNAROK - SMK TAMAN EHSAN - PI DESA SATU
1st Runner Up (Wang Tunai RM 500, Trofi dan Sijil Penyertaan) : GOLDEN WOLF - SMK SRI RAHMAT - PI TAMAN CEMPAKA
2nd Runner Up (Wang Tunai RM 300, Trofi dan Sijil Penyertaan) : MASTER ROBOT - SMK SRI RAHMAT - PI TAMAN CEMPAKA

ROBOTRACER
Champion (Wang Tunai RM 700, Gold Medal dan Sijil Penyertaan) : TECH NINJAS - SMK PASIR GUDANG - PI TAMAN CENDANA
1st Runner Up (Wang Tunai RM 500, Gold Medal dan Sijil Penyertaan) : KATNIY - SMK TAMAN EHSAN - PI DESA SATU
2nd Runner Up (Wang Tunai RM 300, Gold Medal dan Sijil Penyertaan) : RAGNAROK - SMK TAMAN EHSAN - PI DESA SATU

MAZE RUNNER
Champion (Wang Tunai RM 700, Gold Medal dan Sijil Penyertaan) : SABER ARENA - SMK BANDAR SRI DAMANSARA 2 - PI SRI DAMANSARA
1st Runner Up (Wang Tunai RM 500, Gold Medal dan Sijil Penyertaan) : DRAGON - SMK BANDAR SRI DAMANSARA 2 - PI SRI DAMANSARA
2nd Runner Up (Wang Tunai RM 300, Gold Medal dan Sijil Penyertaan) : THE QUEEN - SMK PASIR GUDANG - PI TAMAN CENDANA

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :